Isnin, 26 September 2016

Laporan Karnival ASAT

Tahniah kepada sekolah kita atas pencapaian dalam ASAT pada Sabtu lepas. Senarai kejayaan kita adalah eperti berikut:

1. Bola jaring - juara
2. Nyanyian solo - juara
3. Senam tari - juara
4. Bahas, public speaking, catur, futsal - no.3


Lahirnya seorang Dap Idol

Tahniah kepada Adik Sheryl Lim Sui Hua kerana menjuarai Nyanyian Solo untuk ASAT pada Sabtu lepas.


Jumaat, 23 September 2016

Bola Jaring ASAT Kita Juara!

Tahniah kepada pasukan kita yang telah mengalahkan SMK Kanowit dengan skor akhir 4-3


.
Bahas Ala Parlimen ASAT Dapat Ketiga

Syabas kerana mencuba, Team Dream Big. Tahun depan kita cuba lagi!





Public Speaking ASAT Dapat Ketiga

Tahniah kerana mencuba, Adik Jenenis (1A). Tahun depan cuba lagi.



Skuad Tari Dream Big Juara!

Tahniah kepada skuad tari kita dan para jurulatih mereka: Puan Angella & Cikgu Gayatiri.




Rabu, 21 September 2016

Nanga Dap All Starz

Besar harapan Pak Aznil Cikgu Stanely kepada wakil kita ke Karnival ASAT iaitu Adik Sheryl Lim Sui Hua.

Moga-moga suaranya memukau para juri. Dream Big!






Tarian Ke Bintang

Sungguh besar harapan skuad tarian Dream Big di bawah seliaan Puan Angella dan Cikgu Gayatiri. Di wajah mereka sangat jelas keazaman untuk menang Karnival ASAT pada hujung minggu ini.

Dream Big kepada skuad tari kita!







Skuad Olahraga Selaju Kuda Untuk ASAT

Laju-laju larinya kuda,
Laju lagi skuad Dream Big.

Itulah pantun dua rangkap hari ini untuk mengambarkan kehebatan skuad olahraga Dream Big dalam persiapan mereka untuk Karnival ASAT.





Skuad Bola Jaring Tunjuk Taring Semasa Latihan

Sungguh bersemangat pasukan bola jaring sekolah kita semasa latihan. Diharapkan mereka terus gigih berlatih untuk Karnival ASAT pada hujung minggu ini.

DREAM BIG!





Latihan Futsal Untuk Karnival ASAT Hujung Minggu Ini

Pasukan futsal SMK Nanga Dap sedang giat berlatih untuk Karnival ASAT yang akan diadakan hujung minggu ini.

Mampukah skuad 'Dream Big' mencipta kemenangan demi kemenangan pada hujung minggu ini? Sama-samalah kita mendoakan kejayaan pasukan futsal kita.








Selasa, 20 September 2016

Mesyuarat Exco PIBG

Mesyuarat Exco PIBG telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, SMK Nanga Dap pada tarikh 21/9/2016.

Yang hadir ke mesyuarat ini ialah sebanyak 8 orang guru dan 16 ibu-bapa.




Ini ialah blog rasmi untuk sekolah SMK Nanga Dap